Penggoreng udara serba guna

Birkeshire bantu pengguna sediakan masakan lebih sihat untuk seisi keluarga

AIRFRYER Birkeshire gajet yang membantu memudahkan kerja-kerja memasak.
AIRFRYER Birkeshire gajet yang membantu memudahkan kerja-kerja memasak.
A
A
A

MEMANG sukar untuk dinafikan, makanan yang bergoreng pastinya lebih menambat selera. Katakan apa juga jenis makanan, ayam goreng, sotong goreng ataupun gegelung bawang goreng, semuanya lazat belaka. Kalau singgah di restoran, pastinya salah satu menu tersebut menjadi pilihan kita. Bagaimanapun, menikmatinya selalu, tidak elok untuk kesihatan. Mana tidaknya, kandungan kalori dan lemak trans dalam makanan bergoreng sangat tinggi. Justeru, untuk menangani isu tersebut, penggoreng udara (airfryer) jenama terkemuka, Birkeshire diperkenalkan dan samakin menjadi pilihan dalam dunia kulinari kini. Keupayaannya bukan sahaja untuk menggoreng makanan dengan cara yang lebih sihat malah membolehkan pengguna menikmati makanan goreng tanpa rasa serba salah.

Penggoreng udara Birkeshire secara teknikalnya menggunakan kuasa udara panas yang berlegar dalam kebuknya tanpa menggunakan minyak panas untuk menggoreng makanan. Sebenarnya, terdapat banyak menu yang boleh dimasak dengan alatan masakan berkenaan. Bukan sekadar kentang goreng tetapi lebih daripada itu. Berikut ialah lima sajian masakan yang boleh dicuba menggunakan penggoreng udara:

1. Stik

Teknologi peredaran pantas menggunakan perolakan udara panas dapat memasak makanan dengan segera dan sempurna. Pengguna boleh memasak sepotong daging stik yang telah diperap dengan penggoreng udara kira-kira 12 hingga 15 minit sahaja! Tiada cara yang lebih baik untuk menikmati stik kegemaran anda selain dalam keselesaan rumah sendiri!

2. Salmon bakar

Memasak ikan salmon dalam penggoreng udara lebih memudahkan. Dapur pun tidak berselerak. Penapis udara terbina di dalam penggoreng udara memastikan anda mendapat pengalaman memasak dalam persekitaran bersih dan tanpa bau. Ia juga mudah dibersihkan kerana disertakan dulang mudah alih dan bakul makanan tidak melekat dan bersalut teflon.

Lagipun, jika membakar salmon di dalam ketuhar, isi ikan akan terlalu kering. Hidangkan salmon dengan salad hijau dan sajian makan malam boleh disediakan lebih kurang 15 minit sahaja.

3. Donut

Jika terlalu sibuk untuk memandu ke pusat beli-belah untuk membeli donat, usah risau kerana donat yang dimasak dalam penggoreng udara memberikan sentuhan kelembutan dan kelazatan yang tiada kurangnya. Selepas membuat doh, letakkan dalam penggoreng udara dan masak hingga perang keemasan selama kira-kira 5 minit.

Ciri keselamatan terbina di dalam penggoreng udara apabila ia direka dengan perlindungan daripada kepanasan berlebihan, pemotongan kuasa secara automatik, lampu penunjuk dan amaran bunyi untuk operasi senyap dan menyenangkan.

4. Roti pisang

Artikel Berkaitan:

Tuang tepung adunan ke dalam dulang yang disediakan dan taburkan walnut panggang sebelum masukkan dulang ke dalam penggoreng udara untuk dimasak sehingga perang. Selepas kira-kira 30 hingga 35 minit, gunakan penyucuk kayu untuk menguji sama ada roti pisang sudah cukup masak. Ramai menyangka membuat roti pisang sesuatu yang rumit tetapi dengan kawalan sentuhan digital yang terdapat pada sesetengah penggoreng udara, ia mudah digunakan.

5. Kerepek epal

Hiris sebiji epal dengan nipis dan salutkan dengan serbuk kayu manis dan minyak. Letakkan hirisan epal dalam penggoreng udara dan masak pada suhu 190 darjah Celsius selama kira-kira 12 minit, balikkan hirisan nipis epal setiap 4 minit. Sesetengah penggoreng udara mempunyai ciri kawalan bersepadu yang membolehkan pengguna menetapkan suhu memasak dari 60 hingga 200 darjah Celsius dan masa memasak sehingga 60 minit untuk keputusan yang optimum.

Birkeshire di Shopee

Menarik bukan fungsinya? Kepada wanita atau sesiapa sahaja yang berminat, boleh mendapatkan satu set Birkeshire Digital LCD Touchscreen Air Fryer AF-261-M di Shoppe. Gajet terbabit akan dihantar pada keesokan hari jika pengguna membuat pesanan sebelum 2 petang (kecuali pada hari Ahad dan hari cuti umum). Pengguna yang membuat pesanan pada hari Sabtu sebelum pukul 2 petang akan menerima pesanan pada hari Isnin. Buat masa ini, perkhidmatan penghantaran keesokan hari hanya untuk pengguna di Lembah Klang dan meliputi kesemua 10,000 jenis barangan di Shopee Mart.

Bagi pengguna Shopee yang mengunjungi kedai rasmi Birkeshire, jenama itu menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk penggoreng udara, pemerah jus dan periuk tekanan. Birkeshire menawarkan peralatan dapur yang berkualiti dengan reka bentuk menarik, pensijilan global, nilai luar biasa dan sokongan selepas jualan yang tiada tandingan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke https://shopee.com.my/birkeshiremy