Kerajaan, Pahang selesai isu tapak baharu sisa buangan Lynas

Zuraida bersama sebahagian peserta PBT dalam pertandingan memanah.
Zuraida bersama sebahagian peserta PBT dalam pertandingan memanah.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan Pahang bagi menyelesaikan isu tapak baharu sisa buangan Lynas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, tempoh enam bulan penyambungan operasi kilang memproses nadir bumi itu diberikan untuk Lynas mengenal pasti tapak tanah baharu sebagai gantian menempatkan sisa buangan di tapak sekarang.

"Kontrak Lynas sepatutnya tamat penghujung September tahun ini namun mesyuarat Kabinet memutuskan operasi mereka disambung dengan beberapa syarat.

"Kita minta kerajaan negeri bekerjasama untuk memberikan tanah supaya Lynas boleh membuat pemindahan sisa. Kerajaan negeri akan usulkan tanah tersebut dan Kerajaan Persekutuan akan buat semakan mengikut garis panduan ditetapkan," katanya.

Belia berkata demikian pada sidang media sempena Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kali ke-8 2019 di Lapang Sasar Arena Pekan, di sini hari ini.

Menurutnya, lokasi tanah yang diusulkan itu pula perlu mengambil kira dari segi jarak tanah dengan lokasi penduduk dan perumahan.

"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk mencari lokasi tanah. Kita tunggu kerajaan negeri bertindak dulu. Saya rasa tiada masalah kerajaan negeri untuk lakukan perkara ini dan Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama.

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memastikan PBT menilai kesesuaian tempat dan garis panduan serta permohonan untuk pembangunan. Enam bulan ini untuk cari tanah lokasi baharu sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah keputusan Kabinet yang kita dapat persetujuan bersama dan saya kena ikut keputusan Kabinet. Saya adalah ahli Kabinet maka kena ikut persetujuan Kabinet," katanya.

Semalam, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dalam kenyataannya memaklumkan, lesen operasi Lynas yang akan berakhir 2 September ini diperbaharui selama enam bulan.

Pembaharuan lesen Lynas itu turut disertakan dengan beberapa syarat utama antaranya pemindahan proses ‘cracking and leaching’ ke luar negara dan pembinaan tapak pelupusan tetap (PDF).

Zuraida berkata, dalam tempoh enam bulan itu, kementerian berkenaan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri mengenal pasti tapak PDF untuk sisa bahan mineral berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tetap terpaksa terimma najis, toksik Lynas: Fuziah

Jangan perbaharui lesen Lynas: Peka