Agong solat Jumaat di Maran

Al-Sultan Abdullah bersalaman bersama jemaah yang hadir solat Jumaat di Masjid Daerah Maran (As-Syakirin) di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah bersalaman bersama jemaah yang hadir solat Jumaat di Masjid Daerah Maran (As-Syakirin) di sini hari ini.
A
A
A

MARAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Maran (As-Syakirin) di sini hari ini.

Baginda yang memakai baju Melayu putih dan berseluar hitam tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.10 tengah hari, diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Kira-kira 5,000 jemaah menghadiri solat Jumaat itu.

Rakyat di daerah ini teruja dan tidak menyangka dapat melihat Seri Paduka baginda solat di kawasan mereka.

Sebaik solat Jumaat, Al-Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah dan rakyat turut mengambil kesempatan bergambar bersama baginda.

Artikel Berkaitan: