Ahli PKR cecah hampir 1 juta

Proses pembuangan undi berjalan lancar bagi pemilihan PKR Cabang Tanjung Piai hari ini.
Proses pembuangan undi berjalan lancar bagi pemilihan PKR Cabang Tanjung Piai hari ini.
A
A
A

PONTIAN – Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanjung Piai yang mengadakan pemilihan peringkat cabang hari ini, merupakan cabang PKR ke-219 ditubuhkan, diikuti Cabang PKR Mersing dan Tanjung Manis Sarawak.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pertambahan tiga cabang ini seterusnya menyaksikan PKR kini mempunyai keahlian hampir 1 juta orang selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Berlaku pertambahan sebanyak 600,000 ribu berbanding 400,000 ahli sebelum PRU14.

"Cabang PKR yang ada setakat ini sebanyak 219 cabang di seluruh negara dan akan mencapai 222 buah sebagaimana kawasan Parlimen sebelum Kongres Nasional PKR pada awal Disember ini," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung PKR Cabang Tanjung Piai buat kali pertama di Pusat Perdagangan Pontian, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Ketua Penaja PKR Cabang Tanjung Piai, Rosman Tahir.

Seramai 449 ahli PKR Cabang Tanjung Piai layak mengundi dan membuat pemilihan bagi calon-calon yang bertanding terutama bagi Jawatan Ketua Cabang yang melibat tiga orang calon.

Rosman Tahir akan dicabar oleh Ismail Zailani dan Mohd Zaiful Bakri.

Artikel Berkaitan:

Keputusan pemilihan bagi semua jawatan yang dipertandingkan akan diketahui pada pukul 7 malam ini.