Van putih: Polis buat siasatan lanjut dakwaan remaja

Mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas dia mendakwa nyaris diculik lelaki menaiki van putih.
Mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas dia mendakwa nyaris diculik lelaki menaiki van putih.
A
A
A

PASIR MAS - Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dia hampir menjadi mangsa culik van putih dalam kejadian di Jalan Rantau Panjang Lama berhampiran Kampung Kedap, Rantau Panjang, 14 Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh berkata, pihaknya sudah turun ke lapangan untuk mendapatkan petunjuk bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Kita ambil serius perkara ini kerana ia melibatkan soal keselamatan,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang remaja berusia 13 tahun mendakwa hampir menjadi mangsa culik tiga lelaki yang menggunakan van putih dalam kejadian di Jalan Rantau Panjang Lama berhampiran Kampung Derdap.

Kejadian jam 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd Danish Iskandar Paudin dalam perjalanan untuk mengambil rambutan di rumah yang tidak jauh dari rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja nyaris jadi mangsa culik 'van putih'

Artikel Berkaitan: