Ippo Hafiz rasa macam tak percaya nak jadi suami orang

Ippo Hafiz
Ippo Hafiz
A
A
A

PENYANYI popular Saat Bahagia, Ippo Hafiz, bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan suri hati pilihannya, Fara Roslan di sebuah vila yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada 24 Ogos ini.

Berbaki seminggu menjelang hari bahagia sebelum diijabkabulkan, pemilik nama penuh Muhammad Hafiz Yaziz, 30, dia mengakui berasa gementar.

"Sudah tentunya saya berdebar (tersenyum), ia adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Saya percaya, perasaan risau dan gementar semua orang akan lalui sebab kena bawa tanggungjawab yang baharu.

"Saya rasa macam tak percaya dah nak jadi suami orang. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan rezeki untuk kami berdua mendirikan rumah tangga.

"Diharap semua peminat mendoakan kami. Terima kasih buat semua peminat yang banyak menyokong karier saya selama ini," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, kata Ippo, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan sehari selepas mereka diijabkabulkan, 25 Ogos manakala belah pihak lelaki pada 31 Ogos.

"Selain dua tarikh ini pada akhir tahun nanti saya akan adakan juga satu lagi resepsi bagi meraikan kenangan bersama rakan-rakan artis.

"Hal ini kerana, ramai rakan artis tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh resepsi kami. Kami buat majlis pun semua secara sederhana sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Jadi pada saya perkahwinan hanya sekali, oleh sebab itu biarlah kita meraikan dengan semua kenalan kerana kenangan itu adalah pekara yang sukar dibeli," akhirinya.