Penyediaan Kertas Putih Pertahanan kini di fasa terakhir

Mohamad Sabu (dua, kanan) memasang Jalur Gemilang pada kenderaan Kementerian Pertahanan ketika Perhimpunan Kementerian Pertahanan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA
Mohamad Sabu (dua, kanan) memasang Jalur Gemilang pada kenderaan Kementerian Pertahanan ketika Perhimpunan Kementerian Pertahanan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan kini dalam peringkat akhir penyediaan Kertas Putih Pertahanan sebelum ia dibentangkan pada sidang Parlimen, Oktober ini.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, inti pati dokumen itu kini sedang ditambah baik bagi memastikan ia mampu memberi pencerahan lebih jelas kepada masyarakat berkaitan pertahanan negara.

“Sudah di peringkat terakhir (penyediaan Kertas Putih Pertahanan). Sekarang ini, cuma ada perubahan kecil dalam kertas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingnya Kertas Putih Pertahanan

"Ia akan dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Tentera Darat Malaysia masih meneruskan pencarian dua anggotanya yang dilaporkan hilang di Pulau Perak, Kedah pada 19 Julai lalu.

“Operasi pencarian di darat masih diteruskan manakala operasi di laut akan dijalankan jika ada menerima petanda baharu.

“Setakat ini, tiada petanda baharu,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan kehilangan dua anggota iaitu Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis.

Kehilangan kedua-dua anggota itu dikesan ketika ketua penempatan membuat pemeriksaan pada lewat malam 19 Julai bagi mengira kekuatan anggota.

Artikel Berkaitan: