X

Kindly register in order to view this article
!

Tragedi berkayak: Anak mangsa rayu operasi cari bapa diteruskan

Haris Fadzillah (dua dari kiri) melihat kayak digunakan mangsa yang dibawa ke Pangkalan Hadapan Carilamat Penyabong Mersing.
A
A

SINGAPURA - Anak lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang semasa berkayak di Malaysia memohon agar pihak berkuasa di negara ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bapanya.

Memetik laporan Berita Mediacorp, Jeremy Tan bagaimanapun berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam operasi pencarian bapanya termasuklah penduduk tempatan.

"Kami amat berterima kasih atas semua bantuan termasuklah sokongan yang dihulurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Kami harap mereka dapat terus menjalankan operasi mencari kerana ayah saya masih hilang.

"Kami juga meminta semua nelayan atau sesiapa pun penduduk tempatan yang mungkin keluar ke laut dalam beberapa hari ini supaya turut bantu mencarinya, kerana mereka banyak membantu dalam operasi ini setakat ini," katanya.

Pada 8 Ogos lalu, dua warga Singapura dikhuatiri hilang di laut perairan Mersing, ketika terlibat dalam aktiviti kayak berkumpulan.

Tan Eng Soon, 62, dan Puah Geok Tin, 57, yang menaiki kayak secara bersama hilang selepas terpisah daripada kumpulan mereka.

Selepas lima hari SAR dijalankan, sebuah kayak yang dipercayai milik dua warga Singapura itu ditemui nelayan tempatan di kedudukan lebih kurang 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Kuantan Pahang.

Daripada penemuan itu, akhirnya mayat wanita dipercayai warga Singapura yang dilaporkan hilang itu ditemukan terapung oleh nelayan di perairan Kemaman, Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua warga Singapura hilang di laut

Singapura bantu kesan dua rakyat hilang semasa berkayak di Mersing

Tragedi berkayak: Mayat wanita warga Singapura ditemukan