Cara lenyapkan perasaan marah dalam diri

A
A
A

RATA-RATA wanita hari ini bekerja untuk membantu suami mencari rezeki.

Selepas pulang dari tempat kerja, ada tugas lain yang menanti di rumah seperti memasak dan mengemas rumah.

Itu belum lagi jika ada anak kecil yang masih menyusu, selain menyiapkan keperluan anak-anak yang lain.

Kadangkala kepenatan 'melumpuhkan' segala kerja berkenaan dan ia membuatkan mereka hilang pertimbangan hingga melepaskan amarah kepada suami dan anak-anak di rumah.

Bagaimanakah untuk kita mengatasi sifat marah ini?

Sifat marah, ketawa, sedih dan gembira ialah sifat insani yang terdapat pada setiap manusia. Bahkan, Nabi Muhammad SAW juga seorang manusia, namun yang membezakan kita dengan Rasulullah SAW ialah baginda menerima wahyu dan kekasih ALLAH SWT.

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari, satu ketika, ada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW datang meminta wasiat, lalu baginda mewasiatkan kepadanya agar jangan marah.

Di samping hadis sahih yang lain, Nabi Muhammad SAW menyatakan, orang yang kuat bukanlah orang yang hebat bertempur, akan tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat menjaga dirinya ketika marah.

Artikel Berkaitan:

Dewasa ini, sifat marah berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira tua, muda, ustaz atau ustazah.

Rasulullah SAW mengajar kepada kita beberapa kaedah apabila berada dalam keadaan marah seperti:

1. Membaca Ta’awwuz iaitu meminta perlindungan ALLAH SWT daripada godaan syaitan.

2. Mendiamkan diri.

3. Duduk atau berbaring, namun sebahagian ulama pula menyatakan ambil wuduk

Adapun menahan diri daripada memaki dan melakukan tidakan yang tidak sepatutnya ialah lebih utama ketika marah kerana ia dibimbangi membawa kepada dosa pula.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.