9.9 Super Shopping Day bantu kurangkan kos sara hidup

A
A
A

SHOPEE menyahut seruan pihak kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia.

HOCK Koon (kanan) dijemput merasmikan pelancaran Hari 9.9 Super Shopping Day bersama Ian Ho, bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
HOCK Koon (kanan) dijemput merasmikan pelancaran Hari 9.9 Super Shopping Day bersama Ian Ho, bertempat di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Ia susulan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara dengan matlamat untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang, lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna.

Kerjasama pihak kerajaan dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan itu diharap dapat mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia.

Mengalu-alukan inisiatif berkenaan, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Song Hock Koon berkata, salah satu objektif MDEC adalah menggalakkan penglibatan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital. Ia bagi membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif.

“Kami sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri. Kami percaya bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha keusahawanan digital,” ujar Hock Koon ketika dijemput merasmikan pelancaran Hari 9.9 Super Shopping Day di Grand Hyatt Kuala Lumpur, hari ini.

Duta baru

Selain majlis pelancaran 9.9 Super Shopping Day yang akan berlangsung pada 19 Ogos hingga 9 September ini, Shopee turut mengumumkan duta terbarunya, Penyerang Barcelona, Cristiano Ronaldo.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Urusan Serantau, Shopee, Ian Ho berkata, misi Shopee sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat menerusi inisiatif seperti kempen jualan yang akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek.

“Pada masa yang sama, saya sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami, Cristiano Ronaldo.

“Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting bagi kami. Bukan sekadar menjadi platform membeli-belah, tetapi untuk memberi inspirasi kepada pengguna dan mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti terkenal di seluruh dunia,” terang Ian Ho.

RONALDO dilantik menjadi duta terbaru Shopee.
RONALDO dilantik menjadi duta terbaru Shopee.

Cristiano Ronaldo akan menyertai kempen yang dianjurkan oleh Shopee bagi mendekatkan lagi pengguna dan peminat di seluruh rantau ini dengan ikon bola sepak global berkenaan.

Anda akan menyaksikan beliau akan menjadi bintang utama iklan televisyen baru Shopee yang bakal bersiaran pada 16 Ogos di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini.

Berkongsi manfaat bersama, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berganding bahu dan berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan membeli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna.

Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20 peratus untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa, selain potensi penjimatan sehingga 90 peratus semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day.

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat antaranya:

- Jualan Kilat Shocking Sale - sembilan kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1.

- Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan.

- “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh.

- Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.

- Shihlin Taiwan – 'Beli 1 dapat 1' paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup)

- Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama.

- Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk satu Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.

- Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.

- The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.

- Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19.

- Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30 peratus bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September.

- BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untuk menyaksikan Datuk Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.

Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:

https://shopee.com.my/shopeexronaldo

Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99