500 bomba padam kebakaran hutan di Perancis

Kebakaran yang tercetus di Aude sejak semalam telah memusnahkan 900 hektar hutan pokok pain.
Kebakaran yang tercetus di Aude sejak semalam telah memusnahkan 900 hektar hutan pokok pain.
A
A
A

CARCASSONNE - Lebih 500 anggota bomba dikerah memadah kebakaran hutan di selatan Perancis.

Kebakaran yang tercetus di Aude sejak semalam telah memusnahkan 900 hektar hutan pokok pain.

Pihak berkuasa telah mengklasifikasikan kawasan hutan itu berisiko mengalami kebakaran teruk akibat kemarau baru-baru ini.

"Tiupan angin berkelajuan 40 kilometer sejam menyebabkan kebakaran cepat merebak tetapi ia tidak mengancam rumah penduduk.

"Tiada bangunan musnah dan tiada penduduk mengalami kecederaan," kata Komander Bomba Aude, Philippe Fabre.

Bomba dalam pada itu berkata, ia bercadang untuk menjatuhkan bom air di kawasan sukar diakses bagi menghalang kebakaran merebak ke kawasan perkampungan berhampiran. - AFP

Artikel Berkaitan: