Kes Nora Anne: Media berkumpul tunggu laporan bedah siasat

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 20 pengamal media tempatan dan antarabangsa sudah mula berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini, seawal jam 7.30 pagi untuk menantikan perkembangan hasil bedah siasat punca kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.

Pada sidang media jam 8.15 malam tadi di jabatan itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman berkata, laporan bedah siasat gadis malang itu dijangka diumumkan hari ini.

Manakala pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama pegawainya dilihat meninggalkan pekarangan jabatan itu, jam 9.25 malam tadi selepas 12 jam berada di hospital itu.

No Image Caption

Sebelum itu polis memberitahu sidang media akan diadakan jam 5 petang, namun ditangguh kepada jam 8 malam kerana proses bedah siasat masih belum selesai.

Bagaimanapun polis menerusi WhatsApp kepada media pada jam 9.11 pagi tadi memberitahu sidang media akan diadakan jam 2 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Negeri Sembilan.

Namun sehingga kini, media masih belum berganjak meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik HTJ.

ARTIKEL BERKAITAN Keluarga Nora Anne ucap terima kasih

Kematian tragik Nora Anne tajuk berita utama media antarabangsa

Artikel Berkaitan: