X

Kindly register in order to view this article
!

Pesawat elektrik Norway mendarat cemas di tasik

Keadaan Alpha Electro G2 yang berada dalam keadaan menjunam di tepi tasik berhampiran Arendal yang terletak di selatan Norway.
A
A

OSLO, Norway - Pesawat elektrik pertama Norway yang menggunakan kuasa bateri melakukan pendaratan kecemasan di sebuah tasik semalam ketika melakukan penerbangan ujian semalam, lapor Reuters.

Gambar dikeluarkan oleh media di Norway menunjukkan pesawat dua tempat duduk yang dibangunkan oleh syarikat dari Slovenia, Pipistrel itu tenggelam separuh badannya dalam keadaan menjunam di tepi tasik berhampiran Arendal yang terletak di selatan negara berkenaan.

Bagaimanapun, polis mengesahkan juruterbang dan penumpang yang berada di dalam pesawat dikenali sebagai Alpha Electro G2 milik Lapangan Terbang Avinor itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Juruterbang yang juga Ketua Eksekutifnya, Dag Falk Peterson berkata, beliau sempat membuat panggilan kecemasan sebelum melakukan pendaratan berkenaan.

"Ia merupakan perkara yang tidak elok untuk kerja kami," katanya berkata kepada sebuah media di Norway.

Ketika kejadian, Falk Peterson turut membawa tetamu kehormat yang juga seorang menteri iaitu iaitu Aase Marthe Horrigmo untuk menunjukkan keupayaan pesawat elektrik berkenaan.

Sehari sebelum itu, beliau sempat membawa Menteri Alam Sekitar Norway, Ola Elvestuen.

Tahun lalu, Avinor memberitahu Reuters, pihaknya berharap dapat melancarkan pesawat penumpang elektrik di negara itu menjelang 2025 susulan kerajaan Norway meminta mereka membangunkan program elektrifikasi terhadap penerbangan domestik menjelang 2040.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus