Kanak-kanak hidap leukemia meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

PARIT BUNTAR - Pesakit leukemia kronik Annas Mikhail Abdullah, 3, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang awal pagi ini.

Neneknya, Faridah Wan Chik, 48, berkata, Annas Mikail dimasukkan ke hospital itu pada jam 9 malam tadi selepas mengalami kesakitan akibat penyakit dialaminya.

"Saya bawa Annas Mikail dapatkan rawatan dan dia disahkan meninggal pada 1.36 pagi ini. Saya reda dengan ketentuan ALLAH," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Annas Mikail, anak sulung daripada tiga beradik disahkan menghidap kanser leukemia kronik sejak berusia 6 bulan.

Faridah berkata, jenazah Annas Mikail akan dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Kampung Tanah Kebun, Simpang Lima dekat sini pada jam 10 pagi ini.

Pada 6 Julai lalu, Persatuan Sahabat Kanak-kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) menunaikan impian Annas Mikail untuk melihat haiwan dan rama-rama di Zoo Taiping & Night Safari di Taiping.

Presiden Foccan Maznah Tayib berkata, usaha membawa Annas Mikail itu adalah tanggungjawab sosial pihaknya sebagai menunaikan impian terakhir Annas Mikail apabila doktor mengesahkan kesihatan Annas Mikail semakin merosot. - Bernama

ARTIKAL BERKAITAN: Impian Annas Mikhail jadi kenyataan

Artikel Berkaitan:

Annas impi lawat zoo, taman rama-rama