Demokrasi kalahkan kleptokrasi

A
A
A

SERAMAI 7.9 juta pengundi secara automatik ditambah ke dalam senarai daftar pemilih untuk pilihan raya umum pada tahun 2023.

Ini bermakna, mereka yang berumur 18 tahun menjadi penentu masa hadapan dengan hampir 50 peratus atau 14.9 juta pengundi datangnya daripada golongan ini.

Senator Liew Chin Tong merujuk golongan ini sebagai median point. Terdapat juga pendapat lain mengatakan keperluan golongan pertengahan atau middle voters untuk mengurangkan ekstremisme UMNO dan Pas menjelang 2023.

Akhirnya, dengan pendaftaran automatik kedua-dua golongan belia ini, Malaysia Baharu dibentuk oleh anak muda.

Mengambil iktibar daripada demonstrasi di Hong Kong baru-baru ini, tiada negara lain yang membenarkan pelajar sekolah menengah dan universiti mencabar kerajaan.

Namun sejak 4 Jun lalu, untuk sembilan minggu berturut-turut, berjuta pelajar di Hong Kong termasuk ibu bapa mereka, guru, semua yang lebih tua mencabar kerajaan Hong Kong secara terang-terangan. Ketika artikel ini ditulis, golongan belia dan yang lainnya masih enggan mengalah.

Kini mereka mahukan rang undang-undang ekstradisi yang kontroversi itu ditarik balik bahkan menuntut Gabenor Hong Kong, Carrie Lam untuk melepaskan jawatan.

Para penunjuk perasaan pula meminta siasatan penuh mengenai mengapa polis rusuhan di Hong Kong masuk campur sebelum Julai 2019 kerana mereka ingin melancarkan proses pilihan raya yang adil dan bebas.

Yang lebih penting, untuk membebaskan 44 penunjuk perasaan yang ditahan di bawah Akta Drakonian Anti-rusuhan yang membawa hukuman penjara 10 tahun.

Sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, protes penunjuk perasaan merebak ke penjawat awam dan sektor ekonomi yang lain serta akan menjatuhkan Hong Kong secara keseluruhannya.

Apa yang berlaku di Hong Kong selama sembilan minggu ini bukan peristiwa luar biasa.

Artikel Berkaitan:

Reformasi, Suqiu, Bersih 1 hingga 5, tsunami yang memuncak sebelum 9 Mei 2018 yang menghancurkan kerajaan kleptokrasi Datuk Seri Najib Razak, semua ini berlaku bukan secara kebetulan.

Ia memerlukan perancangan strategik dan usaha bersepadu.Pilihan raya umum 2023 akan menjadi lebih penting daripada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun kedua-duanya ada kepentingan kritikal.

Menjelang tahun 2023, Malaysia mempunyai dua tahun lagi untuk mencapai status negara membangun, satu kerangka masa yang perlu ditangguh untuk tempoh masa lima tahun.

Rakyat Malaysia berumur 18 tahun akan menuntut empat perkara iaitu peluang pekerjaan, pendidikan percuma, rumah mampu milik dan peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.Kesemua itu boleh difahami secara kolektif ataupun secara berasingan.

Mana-mana kerajaan tidak akan terlepas daripada isu ini. Belia Malaysia daripada golongan umur 18-25 tahun mahu menikmati pergerakan taraf sosial hidup daripada nenek moyang mereka.

Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) hanya dapat merealisasikannya apabila ada keinginan yang ikhlas untuk memberi tumpuan kepada pemulihan institusi seperti yang dijanjikan di dalam manifesto.

Mengambil Jawatankuasa Khas Parlimen sebagai contoh, pertimbangan mereka perlu diambil berat seluruh ahli lembaga.

Pengumuman perkara utama yang dipimpin oleh SPRM perlu berunding dengan Jawatankuasa Khas Parlimen terlebih dahulu.

Sebaliknya, jika Pas dan UMNO hendak menentang PH pada 2023, tidak akan mudah bagi mereka untuk fokus hanya pada isu agama dan bangsa.

Mereka akan mengeksploitasi kelemahan PH dengan cara lain.

Gambaran indah yang pernah dilukis PH yang dipesongkan oleh peristiwa melebihi jangkaan para perangka manifesto akan menjadi permainan mereka.

Oleh itu, ramalan perang dagangan Sino-Amerika; perang teknologi Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Huawei; perang perdagangan Sino-Korea yang berlaku secara tiba-tiba ditambah pula persaingan geopolitik dan ekonomi sengit antara AS dan China akan menjadi makanan UMNO dan Pas untuk merobek PH menjadi cebisan.

Mereka boleh kerana PH menjanjikan Malaysia Baharu. Sekarang, PH tidak sedar akan situasi buruk antara AS dan China telah sampai ke puncaknya.

Tahun 2023 adalah usia Malaysia Baharu. Jika pengundi muda dan tua menghukum PH secara kejam, maka proses masa depan demokrasi yang baru dan kuat akan mati.

Menjelang tahun 2023, Malaysia mempunyai dua tahun lagi untuk mencapai status negara membangun, satu kerangka masa yang perlu ditangguh untuk tempoh masa lima tahun.”

* Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti