Samsung Malaysia tawar diskaun RM200 untuk Galaxy A70

JIMAT RM200 untuk pembelian Galaxy A70.
JIMAT RM200 untuk pembelian Galaxy A70.
A
A
A

SAMSUNG Malaysia baru-baru ini mengumumkan diskaun harga hingga RM200 untuk Galaxy A70 yang dijual pada harga asal RM1,999.

Telefon pintar dilengkapi triple-camera itu didatangkan dengan kemudahan skrin dan bateri yang besar kini dijual dengan harga RM1,799 di semua pengedar sah dan kedai dalam talian rasmi Samsung Malaysia.

Jika anda masih ingat, Samsung Galaxy A70 mempunyai paparan 6.7 Full HD + Super AMOLED dan disokong pemprosesan Snapdragon 675.

Bahagian belakang peranti itu juga mempunyai kamera dengan spesifikasi 32MP utama, 8MP ultra-lebar, 5MP selain butang swafoto di bahagian depan.

Peranti tersebut juga dikuasakan dengan bateri 4,500mAh yang besar dan menyokong 25W Super Fast Charge melalui USB-C.

Tidak seperti Galaxy A80, ia masih dilengkapi bicu fon kepala bersaiz 3.5mm dan tambahan kad microSD.

Artikel Berkaitan: