X

Kindly register in order to view this article
!

Kereta terbang sesuai dijadikan sebagai pengangkutan awam

A
A

SEORANG penyelidik tempatan optimis bahawa inovasi industri automobil negara mungkin boleh berubah seiring dengan kemajuan teknologi masa depan dalam tempoh 20 tahun akan datang. Dr Sazrinee Zainal Abidin dari Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, untuk jangka masa 10 tahun bermula dari saat ini, idea untuk mewujudkan kereta terbang nasional memerlukan kajian lebih terperinci lantaran ia melibatkan kepakaran ramai pihak dan mungkin memakan masa. "Kos nak bangunkan prototaip pun bukannya kecil memandangkan sebelum ini, saya sendiri pernah menghasilkan prototaip kereta kompak elektrik futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car. "Untuk menghasilkan kereta terbang bukannya mudah dan memerlukan kos yang besar selain sokongan dana kerajaan," katanya kepada e-Trend baru-baru ini. Dr Sazrinee menambah, cadangan pelaksanaan inovasi kereta terbang perlu diperhalusi termasuk mengkaji kepentingan penggunaan dan keupayaan warga Malaysia untuk mengendalikan kereta berteknologi tinggi. "Reka bentuk perlu disesuaikan dengan cuaca Malaysia selain meneliti material yang digunakan kerana kita kena lihat bagaimana rakyat Malaysia yang jenis menggunakan kenderaan sehabis baik untuk tempoh yang lama berbanding rakyat negara luar yang hanya pakai kereta untuk tempoh dua hingga tiga tahun saja. "Kena kaji juga laluan trafik udara selepas ini sekiranya benar prototaip kereta terbang mampu direalisasikan pada masa akan datang. Sebenarnya, semua itu tak mustahil," ujarnya. Ditanya dengan kemampuan pengguna di Malaysia untuk membeli kereta terbang, Dr Sazrinee tidak menolak kemungkinan bahawa masih ramai yang tidak mampu. "Tidak mustahil kereta terbang dengan dilengkapi teknologi terkini itu nanti dijual dengan harga luar biasa dan mungkin orang yang bergaji RM20,000 ke atas sahaja yang mampu membelinya. Kita perlu bersikap realistik dalam hal ini," katanya yang turut menyifatkan cadangan kereta terbang mungkin lebih bersesuaian untuk kepentingan umum seperti pengangkutan awam. Menurut beliau lagi, jika dijadikan sebagai pengangkutan awam, ia mungkin mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan di kawasan bandar utama. "Penglibatan kerajaan juga penting bagi merealisasikan impian tersebut memandangkan negara maju seperti Jerman dilihat lebih ke hadapan apabila banyak prototaip dihasilkan bagi tujuan sama," katanya. Seperti prototaip Vector katanya, inovasi sangat menarik. "Satu inisiatif yang bagus dan mungkin boleh ditambah baik untuk menjadikannya lebih logik. Mungkin makan masa bertahun-tahun tapi saya percaya dengan sokongan dana kerajaan dan peranan semua pihak, projek seumpama itu mampu besar membangunkan industri automobil negara," katanya lagi.