Laporan bedah siasat Nora Anne jam 8 malam ini

Pengamal media tempatan dan antarabangsa masih setia menanti di lokasi meskipun keadaan cuaca mulai hujan renyai.
A
A

SEREMBAN - Bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang 4 Ogos lalu di resort penginapannya di Pantai di sini, masih berjalan hingga kini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman berkata, prosedur itu dijangka selesai pada jam 7 malam.

"Ketika ini proses bedah siasat masih berjalan dan kalau ia selesai dalam tempoh dua jam lagi, sidang media dijangka akan dibuat pada jam 8 malam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini tadi.

Terdahulu menerusi aplikasi WhatsApp kepada pengamal media, polis memberitahu sidang media akan diadakan pada jam 5 petang.

Sementara itu lebih 30 pengamal media tempatan dan antarabangsa masih setia menanti di lokasi meskipun keadaan cuaca mulai hujan renyai.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia