Punca 50,000 ikan ternakan mati disiasat

Lebih 50,000 ikan diternak dalam sangkar ikan mati disebabkan pencemaran air dan keracunan.
Lebih 50,000 ikan diternak dalam sangkar ikan mati disebabkan pencemaran air dan keracunan.
A
A
A

GEORGETOWN - Jabatan Perikanan Pulau Pinang menafikan dakwaan kematian lebih 50,000 ikan di Teluk Bahang berpunca daripada keracunan dan pencemaran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, punca kematian ikan dalam sangkar di Teluk Bahang itu masih dalam siasatan oleh Jabatan Perikanan, Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"Jabatan Perikanan telah menghantar sampel ikan dan sampel air ke Makmal Jabatan Perikanan bagi analisis terperinci parameter rasmi seperti kualiti air, kandungan logam berat, parasit dan sebagainya.

"Selagi keputusan rasmi tidak dikeluarkan berlandaskan analisa yang dijalankan, dakwaan yang dibuat oleh beberapa akhbar dan portal berita sebelum ini adalah tidak berasas," katanya.

Sebelum ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris dan portal berita melaporkan lebih 50,000 ikan diternak dalam sangkar ikan mati disebabkan pencemaran air dan keracunan.

Memetik laporan berita itu, pemilik sangkar ikan berkenaan terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit disebabkan semua ternakannya mati.

Kenyataan itu menambah, hasil analisa dan ujian yang dilakukan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: