Tiada serangan berlaku di Masjid Al-Mutaqqin

Jemaah Masjid Al-Muttaqin membuat laporan polis berkaitan bunyi bising dan bukanlah akibat serang seperti diviralkan. - Foto: IHSAN PEMBACA
Jemaah Masjid Al-Muttaqin membuat laporan polis berkaitan bunyi bising dan bukanlah akibat serang seperti diviralkan. - Foto: IHSAN PEMBACA
A
A
A

ALOR SETAR - Tiada sebarang serangan berlaku di Masjid Al-Mutaqqin, Taman Selasi Kulim di sini seperti ditularkan di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan, namun menafikan ia berkaitan dengan serangan seperti yang tersebar.

Menurutnya, sebaliknya jemaah masjid berkenaan membuat laporan polis disebabkan perkara lain dan bukanlah serangan seperti dikatakan.

Antara beberapa kenyataan berkaitan isu berkenaan yang viral di laman sosial Facebook.
Antara beberapa kenyataan berkaitan isu berkenaan yang viral di laman sosial Facebook.

"Jemaah masjid berkenaan membuat laporan polis susulan bunyi bising dibuat kumpulan tertentu sehingga didakwa mengganggu jemaah yang sedang solat.

"Bagaimanapun, kes berkenaan telah diselesaikan dan orang awam dinasihatkan tidak cepat percaya dengan penyebaran maklumat itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini hari ini.

Mohd Yusuf berkata, orang awam turut diminta berhenti dari menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan serangan keatas masjid tersebut.

Sebelum ini, tular di laman sosial Facebook bahawa imam masjid berkenaan membuat laporan polis susulan dikepung kumpulan tertentu yang protes berhubung isu korban lembu dan agama.

Artikel Berkaitan:

Manakala, turut tersebar mesej bahawa Masjid Al-Muttaqin Taman Selasih dalam keadaan berjaga-jaga susulan hampir diserang kumpulan tertentu di WhatsApp sejak semalam.