Henti diskriminasi terhadap pekebun kecil

Asrullah
Asrullah
A
A
A

KUANTAN - Tindakan kerajaan menghentikan skim bantuan tanam semula kepada pekebun kecil disifatkan sebagai satu bentuk diskriminasi kepada golongan itu.

Ketua Penerangan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan, Asrullah Affendi Abdullah berkata, pekebun kecil merupakan kelompok terpenting industri hiliran di negara Ini yang perlu dibantu kerajaan bagi memastikan industri hiliran terus bertapak dan memberikan pulangan baik kepada ekonomi negara.

Menurutnya, walaupun kerajaan memperkenalkan dua skim baharu menggantikan bantuan tanam semula kepada pekebun kecil, ia dilihat lebih kepada satu tekanan dan paksaan kepada pekebun kecil yang sememangnya memerlukan bantuan tanam semula bagi mengimbangi sumber pendapatan dan keupayaan menguruskan penanaman industri hiliran Itu.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam memperkasakan pekebun kecil soal menghentikan bantuan itu tidak seharusnya menjadi keutamaan sebaliknya paling penting memikirkan usaha untuk meningkatkan harga komoditi yang ketika ini amat rendah.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Peningkatan harga komoditi yang ketika ini amat rendah tidak menjadi perkara utama kepada kementerian terlibat,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Asrullah Affendi berkata, Menteri Industri Utama Teresa Kok perlu bertanggungjawab memikirkan sesuatu bagi membela nasib golongan itu bagi membuktikan kerajaan hari ini benar-benar membela rakyat.

"Jika perkara ini pun tidak dapat mereka selesaikan, apa lagi kebergantungan bagi semua pekebun kecil untuk menerima manfaatnya?

“Sebagai menteri yang berpengalaman dalam pelbagai bidang, sudah pasti rakyat mahu melihat komitmennya dan kementerian dinaunginya mampu menyelesaikan masalah kepada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pekebun kecil merupakan kelompok terpenting industri hiliran di negara ini yang perlu dibantu kerajaan bagi memastikan industri hiliran terus bertapak dan memberikan pulangan baik kepada ekonomi negara.
Pekebun kecil merupakan kelompok terpenting industri hiliran di negara ini yang perlu dibantu kerajaan bagi memastikan industri hiliran terus bertapak dan memberikan pulangan baik kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, MBFM Wilayah Kuantan mendesak agar skim bantuan tanaman semula pekebun kecil diteruskan dan menyeru Kementerian Industri Utama kembali fokus kepada usaha membela nasib dan meningkatkan ekonomi golongan itu.

“Janganlah ditekan rakyat dengan pelbagai perkara yang membuatkan mereka berputus asa untuk bersama membina ekonomi negara.

“Kita (MBFM Wilayah Kuantan) menyeru pihak kementerian mengambil kira pandangan wakil NGO belia yang terlibat dalam industri utama ini melalui perbincangan untuk mencari solusi terbaik membantu para pekebun kecil di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, MBFM Wilayah Kuantan juga mencadangkan pihak kementerian mengadakan pertemuan bersama Persatuan-Persatuan Pekebun Kecil Untuk mendapatkan laporan dan permasalahan dihadapi pekebun kecil hari ini secara menyeluruh.