'Si Tanggang' pukul bapa dengan kayu diburu polis

No Image Caption
A
A
A

BESUT - Marah kerana ditegur sering meminta wang, seorang lelaki mengamuk hingga sanggup memukul kepala bapanya dengan sebatang kayu dalam kejadian di Kampung Kayu Kelat, di Jertih di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa berusia 76 tahun mengalami kecederaan di kepala akibat hentakan kayu tersebut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek yang berusia 39 tahun yang sering meminta wang daripada ibunya.

Menurutnya, suspek yang juga dipercayai penagih dadah tidak berpuas hati dengan teguran bapanya itu tiba-tiba berang lalu mengambil sebatang kayu terus memukul kepala mangsa.

“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek melarikan diri manakala mangsa datang ke Balai Polis Jertih untuk membuat laporan bagi tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Zamri berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala mendapat rawatan di Hospital Besut.

Menurutnya, usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau atas pelbagai kes jenayah.

“Kes ini disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang,” katanya.

Artikel Berkaitan: