Lelaki lebih aktif 'curi masa' berbanding wanita

KAJIAN mendapati lelaki Sepanyol lebih gemar beriadah selepas waktu bekerja berbanding wanita.
A
A

KUMPULAN penyelidik di Universiti Barcelona, Sepanyol mendedahkan golongan jejaka di negara tersebut mempunyai lebih banyak masa melakukan aktiviti riadah berbanding wanita khususnya selepas waktu bekerja.

Perkara tersebut dibuktikan menerusi hasil kajian dijalankan terhadap 869 lelaki dan wanita Sepanyol yang berusia antara 18 hingga 24 tahun.

Soal selidik mendapati selepas pulang bekerja para lelaki sanggup 'mencuri masa' melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti:

- Bersantai bersama keluarga

- Bersukan

- Menghadiri acara kebudayaan

- Menganjurkan acara untuk meraikan sahabat-handai

Selain itu, kajian yang disiarkan dalam Jurnal Antarabangsa Penyelidikan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam itu turut menyatakan, lelaki menghabiskan masa sekurang-kurangnya 113 minit untuk aktiviti rekreasi manakala wanita pula hanya sekitar 101 minit.