X

Kindly register in order to view this article
!

Dong Zong jangan biadab

Mohd Nasir
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu menyelar Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang berterusan bersikap biadab.

Ketuanya, Mohd Nasir Abdul Razak menyifatkan polemik tulisan jawi yang dicetuskan oleh DAP dan Dong Zong boleh menggugat keharmonian kaum dan menghakis warisan negara bangsa.

“Sikap pentingkan diri sendiri dan tidak menghormati sejarah warisan negara seharusnya tidak lagi ada dalam diri warganegara Malaysia. Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu mengikut rapat perkembangan yang berlaku berkaitan dengan polemik tulisan jawi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dong Zong memang rasis, hanya cakap soal orang Cina: PM

“Hal ini kerana tulisan jawi sangat dekat dan mempunyai nilai sentimental yang tinggi bagi kami rakyat Terengganu yang dibuktikan melalui penemuan batu bersurat yang bertarikh 1303M,” katanya.

Justeru katanya, sebarang polemik dan isu berkaitan dengan tulisan jawi merupakan suatu perkara yang serius bagi rakyat Terengganu.

Pemuda Pas Terengganu turut menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kebiadaban Dong Zong dan menggesa Kementerian Pendidikan terus bertegas dengan keputusan asal berkaitan isu ini.

“Polemik tulisan jawi ini harus dimuktamadkan dengan segera agar tumpuan kerajaan dan rakyat boleh diberikan kepada isu isu yang melibatkan kos sara hidup rakyat dan pembangunan ekonomi negara,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!