Charles tidak mahu panjangkan isu lagi

Charles Santiago - Foto Zahid Izzani
Charles Santiago - Foto Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setelah berbalas-balas kenyataan dengan beberapa pemimpin kerajaan, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago akhirnya berhasrat menamatkan perdebatan berhubung gesaannya agar proses membuat keputusan Pakatan Harapan (PH) dikaji semula.

Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), beliau berkata, beliau enggan lagi memanjangkan isu dan hanya mahu mencadangkan langkah yang boleh membantu mengurangkan masalah dalam negara.

“Perdana Menteri sudah memberi respons, jadi biarkan ia (berakhir di sana).

"Saya rasa itu cara terbaik,” katanya memetik laporan FMT hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

MP Klang desak kaji semula isu Dr Zakir Naik, tulisan khat

Maszlee pertahan Tun M, dakwa MP Klang sebar pembohongan

Jelas beliau, tindakan parti komponen kerajaan membincangkan isu secara bersama sebelum membawa ke Kabinet turut diamalkan di Indonesia dan negara Eropah.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang terpulang kepada Kabinet, Perdana Menteri dan Majlis Presiden untuk membuat keputusan. Kita biarkan ia berakhir di sana," katanya.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir, Santiago berkata: “Kita ialah rakyat Malaysia, kita semua di tahap sama (dengan perdana menteri).”

Katanya, beliau sedia menerima tawaran Dr Mahathir untuk membincangkan secara peribadi sebarang keputusan pada masa depan.