Jabatan Amal Pas hulur bantuan tidak kira masa

Anggota Jabatan Amal Pahang di Raub membantu perantau yang terkandas di Jalan Raub - Lipis.
A
A

KUANTAN - Jabatan Amal Pas Pahang antara pasukan yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira masa.

Pegawai Tadbir Jabatan Amal Pahang, Mohd Aidil Firdauz Mohd Nasir berkata, meskipun musim perayaan, rondaan dan pemantauan dilakukan bagi membantu perantau atau masyarakat yang berdepan kesukaran semasa pulang ke kampung halaman.

“Kita akan hulurkan pertolongan kepada mereka seperti membantu membaiki kerosakan kenderaan dan sebagainya.

“Bantuan yang diberikan ini ikhlas dan kita tidak mengharapkan balasan, sebaliknya mahu perantau atau individu pulang ke kampung dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Aidil Firdauz berkata, sepanjang musim perayaan, beberapa anggota telah ditempatkan di Raub di laluan utama perantau dari Kuala Lumpur ke Kelantan bagi memberi bantuan.

Katanya, pihaknya turut berada di lokasi seperti di Kuantan laluan ke Kuala Lumpur -Terengganu dan Kuantan- Jabor.

“Pasukan kita turut membuat kawalan trafik semasa kemalangan dengan memberi bantu mula seperti kes di Raub.

“Bantuan juga diberikan kepada kes seperti kebakaran dengan menghubungi bomba dan mengawal trafik di samping membantu agensi penguatkuasaan,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia