Ibu kandung Anas Malik dicari

Ibu kandung atau waris kepada Anas Malik diminta tampil bagi urusan dokumen dan penempatan kanak-kanak itu kelak.
Ibu kandung atau waris kepada Anas Malik diminta tampil bagi urusan dokumen dan penempatan kanak-kanak itu kelak.
A
A
A

SEPANG - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang meminta ibu kandung atau waris kepada seorang bayi lelaki berusia sebulan tampil bagi urusan dokumen dan penempatan kanak-kanak itu kelak.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang, Norshimahwati Mustafar dalam satu kenyataan berkata, bayi bernama Anas Malik itu ditinggalkan di sebuah gerai burger di Jalan Sungai Merab Luar pada 15 Julai lalu.

Ketika dijumpai Anas yang dipercayai baru dilahirkan dibalut dengan kain batik dan diletakkan di dalam sebuah kotak.

“Sehingga kini tiada waris atau mana-mana pihak datang menuntut bayi tersebut.

“Dia yang dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-kanak Sepang pada 25 Julai lalu kini ditempatkan di rumah kanak-kanak di bawah Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, ibu kandung atau waris diminta menghubungi Norshimahwati di talian 03-87061026.

Artikel Berkaitan: