Pekerja hospital Hong Kong bantah keganasan polis

Pekerja hospital yang menyertai protes aman memakai topeng muka dan penutup mata di sebelah kanan.
Pekerja hospital yang menyertai protes aman memakai topeng muka dan penutup mata di sebelah kanan.
A
A
A

HONG KONG - Lebih 100 pekerja hospital berhimpun di Hospital Queen Elizabeth dan beberapa hospital awam lain di Hong Kong bagi memprotes taktik ganas polis ketika demonstrasi baru-baru ini.

Protes aman itu berlangsung pada masa sama penunjuk perasaan 'menawan' Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semalam.

Kebanyakan pekerja hospital yang menyertai protes memakai topeng muka dan penutup mata di sebelah kanan, tanda simbolik yang diilhamkan daripada imej seorang wanita yang dilaporkan cedera di mata susulan pertempuran dengan polis pada malam Ahad lalu.

"Pekerja hospital berhimpun hari ini (semalam) untuk mendapatkan kembali kebebasan dan melindungi kebebasan yang lain," kata seorang jururawat berusia 24 tahun, Alfred Luk kepda Reuters sambil menambah tindakan polis datang ke hospital dan melakukan penahanan menjejaskan kepercayaan terhadap pekerja perubatan dan hospital itu sendiri.

Protes besar-besaran yang memasuki minggu ke-10 telah berubah menjadi semakin ganas, penunjuk perasaan mendesak kerajaan mendengar tuntutan rakyat terutama gesaan untuk menjalankan siasatan telus berhubung cara menangangi protes.

Namun, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam enggan memenuhi permintaan penunjuk perasaan, dan protes di Hong Kong dilihat menaikkan kemarahan Beijing yang menganggap beberapa demonstrasi sebagai 'keganasan'. - Agensi

Artikel Berkaitan: