Jurujual kereta tak mengaku tipu Datuk

U Gene dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas selesai prosiding pendakwaan atas kesalahan memperdayakan Seng Hee hingga menyebabkan kerugian RM440,000 hari ini.
U Gene dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas selesai prosiding pendakwaan atas kesalahan memperdayakan Seng Hee hingga menyebabkan kerugian RM440,000 hari ini.
A
A
A

IPOH - Seorang jurujual kereta sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki bergelar Datuk dalam pembelian sebuah kereta mewah hingga menyebabkan kerugian RM440,000 tahun lalu.

Tertuduh, Chong U Gene, 46, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memperdayakan Lee Seng Hee, 64, untuk menyerahkan wang berkenaan sebagai bayaran deposit bagi pembelian kereta jenis Land Rover Range Rover yang disyaki tidak wujud.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank cawangan Jalan Yang Kalsom, kira-kira jam 12 tengah hari pada 29 Mac 2018.

U Gene dibenarkan diikat jamin RM5,000 selepas mengaku tidak bersalah memperdayakan seorang lelaki bergelar Datuk.
U Gene dibenarkan diikat jamin RM5,000 selepas mengaku tidak bersalah memperdayakan seorang lelaki bergelar Datuk.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afiqah Izzati Mazlan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

U Gene yang diwakili Peguam Sukhwinder Singh Sidhu dan Shassidaren Deva Sana Pathy memohon jaminan dikurangkan berikutan tertuduh turut berhadapan dengan dua pertuduhan di mahkamah sama bulan lalu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Ogos ini bagi sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Artikel Berkaitan: