Laporan bedah siasat Nora Anne dirujuk AG: Peguam

Sankara Nair
Sankara Nair
A
A
A

SEREMBAN - Keputusan laporan bedah siasat kematian remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya, kata peguam mewakili keluarga itu, Sankara Nair.

Beliau berkata, kebiasaannya kematian mengejut memerlukan inkues dan pihaknya akan meminta Peguam Negara mempertimbangkan sama ada inkues diperlukan dalam kes berkenaan.

“Masih terlalu awal untuk menentukan kematian mangsa sama ada wujud unsur jenayah atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan bedah siasat Nora Anne ambil masa

Nora Anne teruja lihat air terjun, dedah sukarelawan

10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai

"Sebab itu perlu tunggu laporan bedah siasat dikeluarkan sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini hari ini.

Selain itu katanya, keluarga juga hadir ke jabatan itu pagi tadi untuk membuat proses pengecaman mayat sekali lagi sebelum proses bedah siasat akan dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Sankara (tiga dari kiri) ketika hadir di Jabatan Perubatan Forensik HTJ di sini hari ini.
Sankara (tiga dari kiri) ketika hadir di Jabatan Perubatan Forensik HTJ di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil mereka selepas ini, beliau berkata, pihaknya belum membincangkan perkara itu kerana perlu menunggu keputusan bedah siasat.

"Lagipun mereka baru melalui satu detik yang sangat menyedihkan mungkin saya rasa mereka belum dapat menjelaskan tindakan selanjutnya buat masa ini.

“Soal perasaan mereka pula, sukar untuk saya gambarkan kerana mereka masih dalam keadaan trauma kerana kehilangan anak perempuan yang disayangi, ” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarga merakamkan setinggi penghargaan kepada polis dan semua pihak berkuasa yang terbabit secara langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne sejak 4 Ogos lalu.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman berkata, laporan bedah siasat mayat remaja warga Ireland itu akan mengambil sedikit masa untuk dilengkapkan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan keputusan hanya diperolehi selepas tiga jam.

"Laporan bedah siasat mangsa dijangka ambil masa lama, dua tiga jam belum tentu," katanya.

Sementara itu pengamal media yang berkumpul di jabatan berkenaan seawal jam 6.30 pagi tadi sehingga kini masih belum berganjak dari lokasi.

Terdahulu keluarga Nora Anne dilihat datang ke jabatan itu kira-kira jam 9.20 pagi dengan mengikut pintu belakang.