RAJD tingkat kepakaran anggota

[DIKEMASKINI] Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Brigadier Jeneral Sr Dr Zambri Mohamad Rabab (dua dari kanan) menunjukkan pemetaan yang dihasilkan melalui Jurugeospatial kepada Ketua Jurutera, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Ahmad Nasir Abd Rahman (kanan) selepas pelancaran Tred Jurugeospatial Rejimen Askar Jurutera DiRaja di Dewan Jurutera, IKEM di Kem Mahkota, Kluang.
[DIKEMASKINI] Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Brigadier Jeneral Sr Dr Zambri Mohamad Rabab (dua dari kanan) menunjukkan pemetaan yang dihasilkan melalui Jurugeospatial kepada Ketua Jurutera, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Ahmad Nasir Abd Rahman (kanan) selepas pelancaran Tred Jurugeospatial Rejimen Askar Jurutera DiRaja di Dewan Jurutera, IKEM di Kem Mahkota, Kluang.
A
A
A

KLUANG – Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) melancarkan Tred Jurugeospatial sebagai kepakaran baharu kepada pasukan itu di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) di Kem Mahkota, di sini baru-baru ini.

Ketua Juruteranya, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Ahmad Nasir Abd Rahman berkata, tred berkenaan akan memastikan anggota pasukannya mampu melaksanakan tugas berkaitan kejuruteraan Geospatial dalam penyebaran output data spatial.

“Tred ini juga merupakan ketukangan ke-16 RAJD dan kewujudannya merupakan satu pengiktirafan kepada 13 perjawatan Jurugeospatial yang terdapat di Markas RAJD di Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Markas RAJD Divisyen dan IKEM.

“Kewujudan tred ini juga sempena penstrukturan rejimen ini pada tahun 2018 dan merupakan satu perkembangan positif bagi kemajuan peningkatan kerjaya anggota sesuai dengan perubahan teknologi semasa dan taraf pendidikan anggota,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, keperluan bantuan kejuruteraan Geospatial semakin bertambah selaras dengan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti penubuhan Network Centric Operation (NCO) iaitu sistem persenjataan moden yang memerlukan data geospatial dalam menentukan keberkesanan serta pengintergrasian data oleh agensi awam atau swasta.

Menurutnya, cadangan bagi mewujudkan tred ini sudah bermula sejak tahun 2004 lagi selain lanjutan dari kesedaran akan kepentingan keperluan bantuan Geospatial bersepadu kepada pembangunan sistem pertahanan moden ATM.

“Seramai 16 anggota lain-lain pangkat (LLP) akan menjadi pasukan pertama dihantar menghadiri kursus Jurugeospatial selama lima bulan sebagai kumpulan Pioneer seterusnya menghadiri ujian tred.

“Dengan adanya sumber manusia yang terlatih ini, keperluan tranformasi ATM yang menekankan kepada ‘Information Superiority That Leads Odecision Superiority’ akan tercapai,” katanya.

Artikel Berkaitan: