Keputusan bedah siasat Nora Anne ambil masa

Mayat dipercayai remaja Ireland , Nora Anne Quoirin, 15 yang dilaporkan hilang ketika bercuti di sebuah resort di Pantai, di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk proses bedah siasat hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SEREMBAN - Keputusan laporan bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang dari resort penginapan The Dusun Pantai Hill di sini 4 Ogos lalu mengambil masa untuk dilengkapkan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman berkata, pihaknya menjangkakan keputusan hanya diperolehi selepas tiga jam.

"Laporan bedah siasat mangsa dijangka ambil masa lama, dua tiga jam belum tentu," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini hari ini.

Che Zakaria memberitahu media keputusan laporan bedah siasat ambil masa lama. - Foto Sinar Harian
Che Zakaria memberitahu media keputusan laporan bedah siasat ambil masa lama. - Foto Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN:

Nora Anne teruja lihat air terjun, dedah sukarelawan

10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai

Sementara itu, pengamal media yang berkumpul di jabatan berkenaan seawal jam 6.30 pagi tadi masih belum berganjak dari lokasi.

Terdahulu keluarga Nora Anne dilihat datang ke jabatan itu kira-kira jam 9.20 pagi dengan mengikut pintu belakang.

Artikel Berkaitan: