'Cermin ajaib' papar data biometrik kesihatan anda

CERMIN yang dilengkapi paparan interaktif, pembesar suara dan kamera itu membolehkan pengguna berkomunikasi dengan jurulatih atau rakan lain hanya menggunakan wifi atau menyambungkan ke internet melalui kabel ethernet.
A
A

BUKAN sekadar cermin hiasan biasa, The Mirror yang menggunakan teknologi quad core processor dengan keluasan paparan 40 inci HD1080p itu menjadikan aktiviti senaman di rumah menjadi lebih menarik.

Tidak percaya? Cermin yang dilengkapi paparan interaktif, pembesar suara dan kamera itu membolehkan pengguna berkomunikasi dengan jurulatih atau rakan lain hanya menggunakan wifi atau menyambungkan ke internet melalui kabel ethernet.

Bagaikan berada dalam kelas senaman peribadi walaupun hanya di dalam rumah! Paparan data biometrik dan algoritma membantu pengguna memeriksa denyut nadi dan kadar degupan jantung dengan mudah.

Aplikasi ini tersedia bagi pengguna IOS (iPhone dan iPad) sahaja dan dijual dengan harga USD1,495 (RM6,260.31) atau layari www.mirror.co untuk maklumat lanjut.

Pembelian The Mirror itu turut dilengkapi dengan pek permulaan percuma termasuk band kecergasan dan monitor jantung Bluetooth.

Pengguna juga diberikan kit penjagaan percuma yang dilengkapi kain pembersih dan penutup lensa kamera jika inginkan privasi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia