Hampir 103,000 tandatangan petisyen

Jumlah terkini yang berjaya dicapai sehingga jam 7.30 petang semalam.
Jumlah terkini yang berjaya dicapai sehingga jam 7.30 petang semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Petisyen ‘Rakyat desak kerajaan haramkan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) telah mencapai hampir 103,000 tandatangan sehingga 7.30 petang semalam.

Kempen digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) itu dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia, selepas Dong Zong melancarkan petisyen membantah seni khat dan tulisan jawi di sekolah vernakular.

Menurut jurucakap GPS, persatuan Cina itu antara paling awal menentang seni khat dan tulisan jawi di sekolah kerajaan melibatkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT) untuk pelajar tahun empat.

“Dong Zong merupakan antara paling awal bermati-matian menentang dengan menekan kerajaan dengan pelbagai tuntutan. Mereka juga mengumpulkan badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India dan menghasut mereka menentang usaha ini.

“Akhirnya kerajaan bertolak ansur dengan melonggarkan syarat implementasi sehingga pembelajaran ini menjadi pilihan dan setakat tiga muka surat dalam buku teks,” katanya,

GPS berkata, banyak lagi tindakan ekstrim persatuan Cina tersebut dalam memaksa kehendak mereka kepada rakyat Malaysia.

“Maka, kita tuntut agar Dong Zong ini diharamkan oleh kerajaan dan kami yakin ada banyak lagi pertubuhan Cina yang jauh lebih sederhana, patriotik dan moderat,” kat GPS.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyifatkan Dong Zong sebagai rasis apabila sering membantah setiap dasar pendidikan negara termasuk usaha memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat di sekolah.

Artikel Berkaitan:

Pertubuhan itu turut membantah penubuhan sekolah wawasan yang menghimpunkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan, SJKC dan SJKT dalam satu kawasan.