Miri masih catat IPU berbahaya

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak masih berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 345, setakat 10 malam ini.

Menurut data Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan mencapai kemuncak dengan bacaan IPU 352 pada 10 pagi tadi.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 terakhir mencatatkan bacaan IPU 312 (berbahaya) pada pukul 10 pagi tadi sebelum mula memasuki bacaan IPU 297 (sangat tidak sihat) pada jam berikut dan bacaan IPU menurun secara berperingkat sehingga 265, setakat 10 malam ini.

Sri Aman, Miri juga menunjukkan penurunan ketara dengan bacaan IPU 113 malam ini berbanding 158 pada pukul 2 pagi tadi manakala majoriti lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam. - Bernama

Artikel Berkaitan: