Fouziah Gous terima anugerah Top Young CEO 2019

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pengasas minuman kesihatan sarang burung jenama FG Walet, Datin Hajah Fouziah Gous telah menerima Anugerah 100 Top Young CEO 2019 bagi kategori wanita dalam bidang perniagaan, dalam satu majlis berprestij yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pengiktirafan tersebut diberikan terhadap kejayaan produk minuman sarang burung FG Walet yang telah mencipta fenomena baru dalam pasaran minuman kesihatan sarang burung negara.

Sebagai ahli perniagaan bumiputera, Fouziah telah menunjukkan kejayaan luar biasa dalam perniagaan yang jarang diceburi oleh kalangan bumiputera.

No Image Caption

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan pengiktirafan ini yang sekali gus membuktikan bahawa produk minuman sarang burung FG Walet telah diterima ramai.

"Terima kasih kepada suami, keluarga, staf Zhafou Trading, ejen seluruh Malaysia dan para pelanggan yang mempercayai produk minuman sarang burung FG Walet," katanya.

Fouziah turut meluahkan rasa terharunya di atas kepercayaan dan pengiktirafan yang tidak disangka-sangka ini.

"Penyelidikan terhadap FG Walet bermula lebih 10 tahun lalu. Berada di pasaran enam tahun lalu dan sehingga kini perkembangannya begitu menggalakkan sehingga boleh dikatakan pertumbuhannya sangat luar biasa dan di luar dugaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Minuman kesihatan sarang burung FG Walet kini boleh didapati di seluruh stesen minyak Petronas, AEON Big, LuLu Supermarket dan para ejen seluruh negeri.