Bom perang dunia kedua dimusnahkan

Gambar hiasan - Foto Astro Awani
Gambar hiasan - Foto Astro Awani
A
A
A

TELUK INTAN - Sebutir bom lama dipercayai peninggalan perang dunia kedua berjaya dimusnahkan Unit Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak selepas ia ditemui seorang lelaki di Jalan Changkat Jong semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, bom berkenaan berjaya dimusnahkan dalam keadaan terkawal dan selamat pada jam 7.10 malam.

“Pihak polis menerima makluman daripada seorang penjual besi buruk bahawa seorang lelaki menaiki kenderaan telah datang ke rumahnya untuk menjual besi sekitar jam 2.30 petang semalam.

“Pengadu kemudiannya mendapati ada sebatang besi menyerupai bom lalu bertanya kepada lelaki terbabit di mana dia menemui besi berkenaan namun lelaki itu memaklumkan tidak ingat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Artikel Berkaitan: