Dr Mahathir akui puas hati dengan prestasi menteri

Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri majlis Ulang Tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA): A Precious Legacy di KLIA di sini hari ini. - FOTO: ZAHID IZZANI
Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri majlis Ulang Tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA): A Precious Legacy di KLIA di sini hari ini. - FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

SEPANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan barisan menteri Kabinetnya dan mengakui berpuas hati dengan prestasi mereka.

Menurutnya, beliau yakin kesemua menteri di bawah pentadbirannya telah melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaiknya.

"Tugas sebagai seorang menteri Kabinet mendedahkan mereka dengan pelbagai kritikan.

"Tetapi mereka telah (melaksanakan tugas) dengan semampu mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Ulang Tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA): A Precious Legacy di KLIA, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada menteri-menteri di bawah pentadbiran beliau telah melakukan yang terbaik untuk negara.

Jelas Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, tidak kira selama mana pun seseorang itu menjadi menteri Kabinet mereka tidak akan terlepas daripada dikritik pelbagai pihak.

"20 tahun sekalipun mereka dalam Kabinet saya mereka tetap tidak terlepas daripada menerima kritikan," katanya.

Terdahulu, beberapa menteri Kabinet di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak untuk melepaskan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik.

Artikel Berkaitan: