Armada Kelantan sokong Dr Mahathir

Asran (berdiri dari kiri) bersama ahli Armada dalam Majlis Qurban dan Aqiqah Armada Kelantan di Lalang Pepuyu di sini hari ini.
Asran (berdiri dari kiri) bersama ahli Armada dalam Majlis Qurban dan Aqiqah Armada Kelantan di Lalang Pepuyu di sini hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Armada Kelantan menyokong apa jua keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mendakwa tindakan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah sebagai satu bentuk gerakan Islamisasi.

Ketuanya, Asran Alias berkata, kenyataan Dr Mahathir bukan mahu menyalahkan pihak berkenaan namun mahu memartabatkan tulisan jawi dan pihak terbabit perlu memahami matlamat sebenar kerajaan.

"Kita menyokong penuh tindakan dan apa jua keputusan dan tidak mahu perkara ini menjadi isu perkauman.

"Apapun yang dilakukan Dr Mahathir, beliau hanya mahu memperjuangkan mutu pendidikan, ekonomi dan hubungan sosial antara masyarakat di Malaysia," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Aqiqah dan Qurban, Armada Kelantan di Lalang Pepuyu di sini hari ini.

Dalam majlis itu dua ekor lembu ditumbangkan dan pihaknya juga turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya sempena sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini.

Isu berkenaan timbul selepas Dong Zong mengadakan petisyen membantah pembelajaran jawi dan khat yang dianggap sebagai langkah Islamisasi ke atas bukan Melayu di negara ini.

Dr Mahathir menjelaskan, sikap sama Dong Zong dapat dilihat apabila pertubuhan itu masih membantah pembelajaran jawi dan khat di sekolah vernakular sedangkan keputusan itu dibuat pada 2012 oleh kerajaan terdahulu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Dong Zong ketika itu tidak pula membangkitkan sebarang isu kerana bimbang diambil tindakan dan hanya menyuarakannya apabila dasar itu mahu dilaksanakan kerajaan baharu.