Armada bantu SAR kesan Nora Anne

Muhammad Aziim (lapan dari kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada pasukan SAR semalam.
Muhammad Aziim (lapan dari kiri) ketika menyerahkan sumbangan kepada pasukan SAR semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Sokongan pelbagai pihak kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos tidak henti-henti diterima termasuk daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Negeri Sembilan yang menyatakan kesediaan menyertai operasi pencarian.

Ketuanya, Muhammad Aziim Mustafa berkata, pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga Nora Anne dan berharap gadis itu ditemui dengan selamat.

"Seramai 20 ahli Armada menyertai kunjungan ke lokasi pencarian bagi memberi sumbangan kepada petugas Op SAR sebagai tanda sokongan kepada usaha tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganjaran RM50,000 jika Nora Anne berjaya ditemui

"Kami juga bersedia untuk menyertai operasi SAR Nora Anne. Kalau diberi peluang kami cuba sedaya upaya untuk menyertai," katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Pantai di sini.

Sementara itu, setakat jam 10.40 pagi tadi, seramai 313 orang terdiri daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), VAT 69, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 unit Senoi Praaq, orang awam dan beberapa agensi keselamatan lain menyertai operasi pencarian yang masuk hari ke-10 hari ini.

Misi pencarian gadis Ireland itu turut mendapat perhatian pasukan pengamal perubatan tradisional daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh yang diketuai Mohd Khalid Mohamed semalam.

Mohd Khalid berkata, ia merupakan ikhtiar kumpulan itu yang datang dari Skudai, Johor bagi membantu mengesan Nora Anne mengikut kaedah perubatan Islam.

Artikel Berkaitan: