Peranti mangga kunci imbas cap jari

PELBAGAI rekaan mangga kunci pengimbas cap jari dijual dalam pasaran atas talian.
PELBAGAI rekaan mangga kunci pengimbas cap jari dijual dalam pasaran atas talian.
A
A
A

SELALU lupa kata laluan nombor pada mangga kunci? Peranti bijak yang hanya menggunakan pengimbas cap jari mungkin penyelesaian buat anda.

Sesuai digunakan di loker awam, gim dan beg bagasi, Fingerprint Padlock itu dijual dengan mudah dalam pasaran atas talian termasuk amazon.com.

Bukan sahaja dapat mengunci geriji rumah dengan selamat, mangga kunci yang diperbuat daripada aloi aluminium, zink dan dawai keluli itu hanya seberat 90 gram dan mudah dibawa ke mana-mana.

Teknologi pengimbas cap jari yang cukup mudah tanpa perlu disambungkan melalui bluetooth atau aplikasi lain kerana cap jari anda adalah kuncinya.

Peranti itu mempunyai sensitiviti cukup tinggi dan boleh mengimbas cap jari dalam tempoh satu saat sahaja selain 10 kapasiti simpanan rekod cap jari untuk hak akses.

Mungkin boleh dijadikan hadiah buat si dia yang selalu mengembara dan suka aktiviti lasak.

Artikel Berkaitan: