X

Kindly register in order to view this article
!

Selamba buang BMW dalam sungai

Beberapa individu membantu Akash mengeluarkan kereta BMW tersebut.
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki di India tanpa rasa bersalah 'membuang' kereta BMW M3 yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya ke dalam sungai.

Akash dari Haryana dikatakan bertindak demikian berikutan tidak berpuas hati kerana tidak dihadiahkan kereta Jaguar oleh ibu bapanya.

Sebagai tanda protes, dia menolak kereta tersebut ke dalam sungai.

Difahamkan, kos untuk sebuah kereta BMW adalah kira-kira 3.5 juta Rupee (RM206,167) manakala Jaguar adalah lebih mahal dan mencecah kira-kira 5 juta Rupee (RM294,521).

Rakaman video menunjukkan kereta tersebut terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing rumput.

Akash dipercayai anak lelaki kepada anak tuan tanah tempatan turut berenang dan cuba menyelamatkan kereta tersebut dengan bantuan orang ramai.

Susulan itu, pihak berkuasa telah melancarkan siasatan ke atas kejadian tersebut.

Klip video tersebut turut menjadi tular dan ramai mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai tidak bersyukur. - Daily Mail


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!