Mangsa ribut dibantu ikut kemampuan kerajaan: PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap ketika hadir pada pada Majlis Ramah Mesra Penduduk Kedawang sempena Majlis Korban di Masjid Ar-Rahman Kedawang hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap ketika hadir pada pada Majlis Ramah Mesra Penduduk Kedawang sempena Majlis Korban di Masjid Ar-Rahman Kedawang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan membantu mangsa bencana di negara ini termasuk ribut yang melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung Jumaat lepas.

Ahli Parlimen Langkawi itu bagaimanapun berkata bantuan yang disalurkan perlu juga mengambil kira keadaan kewangan kerajaan.

"Kita tak ada duit jadi belanja setakat yang mampu sahaja. Kalau kita belanja duit yang tak ada, kita akan hadapi masalah kewangan. Macam dulu ni dia (kerajaan terdahulu) belanja duit banyak tetapi sekarang ni yang kena bayar hutang kita bukan dia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Taufan Lekima: Dr Mahathir minta mangsa terjejas bersabar, bersyukur

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk sempena majlis korban di Masjid Al Huda, Padang Matsirat di sini hari ini.

Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, Juhari Bulat.

Mengenai kejadian ribut yang dipercayai berpunca oleh Taufan Lekima, Dr Mahathir memuji tindakan pantas yang disalurkan agensi terlibat kepada semua mangsa.

“Ribut kali ini terkena seluruh Langkawi, walaupun demikian, kita dapati tindakan awal telah diambil untuk pulihkan semula keadaan. Saya dapati bahawa responsnya cepat dan baik,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: