Fauziah Nawi buat laporan individu menyamar dirinya

No Image Caption
A
A
A

PELAKON berbakat besar, Fauziah Nawi mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya sekiranya dihubungi oleh nombor yang meminta memasukkan duit menggunakan namanya.

Menerusi perkongsian yang di buat menerusi akaun Facebook miliknya, bintang berusia 66 tahun itu turut berkongsi nombor yang telah menggunakan identiti dirinya.

"Saya tak ada dua nombor telefon. 014 276 9913 bukan nombor saya. Jangan terpedaya dengan scammer yang minta tolong bagi duit atas nama saya.

"Saya tak akan dan tak pernah mesej kawan-kawan atau saudara mara suruh bank in duit. Itu scammer," tulisnya.

Tambahnya, individu yang menyamar sebagai dirinya telah meminta memasukkan wang sebanyak RM1,800 ke sebuah akaun dan pembantu 'Fauziah' akan membayar semula pada jam 3 petang.

"Scammer guna Facebook ibu (panggilan dirinya) siap post gambar ini, minta duit RM1,800, konon saya nak guna duit dan jam 3 petang akan suruh pembantu saya bayar balik. Bohong. Penipuan," ujarnya.

No Image Caption

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, Fauziah yang dihubungi berkata, dia akan membuat laporan polis hari ini selepas identiti dan gambarnya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan.

Artikel Berkaitan:

“Mujurlah mereka tidak terpedaya dan terus menghubungi saya untuk mengesahkan sama ada itu benar-benar saya atau tidak. Semalam, saya tak sempat ke balai polis kerana beraya, jadi hari ini saya akan ke balai untuk membuat laporan polis,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fauziah, individu itu menggunakan gambar terbaru yang dimuat naik olehnya pagi semalam.

“Dalam pada gembira menyambut Aidiladha bersama keluarga, berlaku situasi sebegini yang benar-benar mengganggu.

“Harapan saya, semoga kita semua lebih berhati-hati kerana dalam dunia sekarang, terlalu ramai orang yang menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan wang," katanya kepada Harian Metro.

Tahun lalu, Fauziah pernah dihubungi nombor tidak dikenali, menggunakan identiti rakannya dan modus operandi yang sama.