Bekas banduan terima pampasan RM40.59 juta

Mark Denny (tengah) yang meringkuk hampir 30 tahun dalam penjara terima pampasan RM40.59 juta.
Mark Denny (tengah) yang meringkuk hampir 30 tahun dalam penjara terima pampasan RM40.59 juta.
A
A
A

BROOKLYN - Seorang lelaki kulit hitam yang meringkuk hampir 30 tahun dalam penjara atas jenayah yang tidak pernah dilakukannya menerima pampasan berjumlah jutaan dolar.

Mark Denny, 46, disabit bersalah atas tuduhan merompak Burger King di Brooklyn dan merogol salah seorang pekerja wanita restoran segera itu pada 1987.

Pegawai Kewangan New York City, Scott Stringer bersetuju meluluskan penyelesaian pampasan sebanyak AS$9.7 juta (RM40.59 juta).

Sebagai balasan, Denny perlu membatalkan saman AS$50 juta (RM209.23 juta) terhadap dewan bandar raya dan Jabatan Polis New York (NYPD) yang difailkannya pada Mac 2018.

Maklumat diperolehi daripada akhbar The Post melaporkan, Denny bercadang menyaman NYPD kerana memerangkap dan menjadikannya suspek dalam kes tersebut.

"Persetujuan telah dicapai dan penyelesaian ini demi kepentingan terbaik semua pihak," kata jurucakap Stringer, Hazel Crampton-Hays.

Pejabat Stringer bagaimanapun enggan mengulas lanjut penyelesaian tersebut kerana kes itu dianggap amat sensitif.

Denny dibebaskan pada 2017 selepas kesnya diambil alih oleh The Innocence Project. - Agensi

Artikel Berkaitan: