Sembilan ditahan mendaki ketika solat Jumaat

Sepasukan anggota daripada JHEAT turun padang menjalankan kempen kesedaran kepada pengunjung di kawasan Bukit Keluang Besut sebelum masuk waktu solat Jumaat, Jumaat lalu.
Sepasukan anggota daripada JHEAT turun padang menjalankan kempen kesedaran kepada pengunjung di kawasan Bukit Keluang Besut sebelum masuk waktu solat Jumaat, Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sembilan lelaki termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dicekup ketika menjalankan aktiviti mendaki di Bukit Keluang, Besut pada waktu solat Jumaat.

Mereka ditahan dalam satu operasi Ponteng Solat Jumaat di sekitar daerah Besut kira-kira jam 2.10 petang Jumaat lalu.

Lebih menyedihkan sebahagian daripada mereka berusia antara 17 hingga 31 tahun ini didapati sedang lena tidur di dalam surau di kawasan berkenaan manakala sebahagian lagi sedang menuruni bukit itu.

Operasi yang melibatkan anggota daripada Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) disertai Pegawai Penguatkuasa Syariah seluruh Terengganu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, sebelum ini pihaknya menerima banyak aduan awam memaklumkan kawasan tersebut menjadi tumpuan kaki ponteng solat Jumaat.

"Kesemua mereka adalah lelaki tempatan. Mereka kononnya menyibukkan diri menjalankan aktiviti mendaki pada waktu Solat Jumaat bagi mengaburi mata masyarakat.

"Difahamkan suasana begitu 'sesak' dengan aktiviti mendaki di kawasan tersebut pada waktu itu. Kumpulan mendaki ini masing-masing berebut mahu menganjurkan aktiviti mendaki pada waktu Solat Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beginilah suasana di sekitar kawasan Bukit Keluang Besut semasa waktu solat Jumaat.
Beginilah suasana di sekitar kawasan Bukit Keluang Besut semasa waktu solat Jumaat.

"Disebabkan itulah, semasa serbuan dijalankan, kita dapati ramai dalam kalangan mereka yang sedang sibuk menjalankan aktiviti dan ada juga yang tertidur di dalam surau kerana kepenatan," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Nik Zuhaiza memberitahu, anggota penguat kuasa wanita ditempatkan di kawasan tersebut bagi memantau kumpulan terbabit dan operasi dilakukan selepas solat Jumaat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 iaitu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.