ICERD kecoh kerana hasutan Zahid?

Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A

PORT MORESBY - Kerajaan memberi jaminan kepada rakyat bahawa tiada kekecohan akan berlaku susulan usaha Putrajaya meraktifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan kekecohan berlaku disebabkan hasutan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan kerajaan amat sensitif terhadap pandangan rakyat, Dr Mahathir menegaskan kerajaan akan sentiasa mendengar pandangan diutarakan rakyat kepada mereka.

“Kerajaan tidak nyatakan yang kita akan laksanakannya. Tapi kita akan mencuba laksanakannya sama ada secara sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, itu bukan perkara utama.

“Apa yang dibimbangi Melayu ketika ini, kecuali Zahid akan cetuskan masalah, tiada kekecohan akan berlaku. Kita boleh berbincang. Kita tidak menolak pandangan rakyat.

“Kita sentiasa sensitif kepada pandangan rakyat. Perlu sentiasa ingat, ini merupakan kerajaan yang dibentuk rakyat. Hasil daripada kuasa rakyat yang meletakkan kita sebagai kerajaan,” katanya pada sidang media bersama wakil Malaysia sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-26 di sini hari ini, petik laporan Astro Awani.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid, Hadi bergabung bantah ICERD]

[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan bantah ICERD amaran awal]

Semalam Ahmad Zahid mengugut untuk mengadakan protes menentang ICERD dengan kerjasama Pas, yang mana komuniti Islam dan Melayu akan mengamul jika konvensyen itu diraktifikasi.

Tambah Dr Mahathir, isu melibatkan pindaan Perlembagaan Negara itu dilihat amat serius di mana ia memerlukan persetujuan dua per tiga Parlimen jika ingin dipinda.

Dengan kekurangan dua pertiga Ahli Parlimen Kerajaan, sekali gus memerlukan sokongan pembangkang, Dr Mahathir berkata perkara itu mungkin sukar dilaksanakan.

“Sedangkan anggota kerajaan sendiri tidak menyokong, jadi saya rasakan agak mustahil untuk kita mencapai sokongan dua pertiga majoriti,” ujarnya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia