MBM tawar diri jayakan Food Bank Malaysia

Food Bank
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menawarkan khidmat sukarelawan belia bagi menjayakan program Food Bank Malaysia yang bakal dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2019 nanti.

Timbalan Presiden MBM, Muhammad Fadzli Hasan berkata sukarelawan terlibat boleh menyumbang daripada aspek tenaga manakalan usahawan belia digalakkan menyumbang makanan dan barangan keperluan.

"MBM menyambut baik inisiatif Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang mengilhamkan gerakan ini yang mana bukan saja menjadi budaya menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia dari sudut kepelbagaian kaum dan agama tetapi merapatkan jurang antara golongan mampu dan kurang berkemampuan dengan membawa semangat memberi dan berkongsi nikmat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Food Bank Malaysia diterajui KPDNHEP itu dilancarkan di Pulau Pinang pada 22 Disember lepas bertujuan meringankan kesan kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebanyak 186,354 Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan di seluruh negara akan mendapat manfaat melalui program itu. - Bernama