Maut tersepit, motosikal rempuh tiang lampu

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas motosikal ditunggangnya merempuh tiang lampu dalam kejadian di Jalan Slim Lama-Tanjung Malim malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas motosikal ditunggangnya merempuh tiang lampu dalam kejadian di Jalan Slim Lama-Tanjung Malim malam tadi.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang remaja lelaki orang asli maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah tiang lampu di Jalan Slim Lama-Tanjung Malim di sini malam tadi

Kejadian jam 9 malam itu menyebabkan Zaimi Omar tersepit di antara motosikal dan tiang lampu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggong, Batu 8, Behrang Ulu, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari pekan Tanjung Malim.

"Setibanya di tempat kejadian motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tiang lampu di tepi jalan.

"Akibat daripada pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: