Dua sahabat sesat di hutan Gunung Pulai ditemui selamat

Pasukan bomba berjaya menemui Subash dan Vigneswaran.
Pasukan bomba berjaya menemui Subash dan Vigneswaran.
A
A
A

KULAI - Dua sahabat yang dilaporkan sesat di hutan Gunung Pulai, di sini ditemui selamat, malam tadi.

Mereka adalah S Subash dan P Vigneswaran yang masing-masing berumur 28 tahun berjaya ditemui kira-kira jam 10.10 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainudin berkata, kedua-dua lelaki itu masuk ke hutan berkenaan kira-kira jam 4.30 petang namun tersesat kerana hari sudah gelap.

"Pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.20 malam berhubung kejadian berkenaan.

"Satu jentera bersama sembilan anggota dari BBP Kulai dikerahkan ke tempat kejadian untuk memberi bantuan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata, setibanya pihaknya di tempat kejadian didapati benar terdapat dua mangsa sesat di hutan itu dan tidak dapat turun ke bawah.

"Pasukan kami membuat pencarian untuk menyelamatkan mangsa tersebut.

"Kedua-dua mangsa ditemui 200 meter dari kawasan air terjun di hutan itu pada jam 10.10 malam.

Artikel Berkaitan:

"Mereka hanya mengalami calar balar sahaja dan kemudiannya pulang sendiri dan operasi ditamatkan kira-kira jam 10.43 malam," katanya.